Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Menurut cerita daripada orang-orang lama di rancangan sini, nama Felda Inas di ambil sempena nama Sungai Inas yang mana menjadi laluan dan penghubung untuk masuk di Felda ini. Sungai ini menjadi sempadan diantara Sungai Sayong dan aliran Sungai Sayong akan mengarus memasuki Sungai Kota Tinggi. Nama Sungai Inas ini mungkin bersandar kepada sungai yang berhampiran dan ceritera-ceritera dari lagenda dahulu kala dan ianya terletak di dalam daerah Kulaijaya. Rancangan ini telah diteroka sekitar tahun 1976-an..



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


BASIC ICT : KELAS MEMBUAT RESUME MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 7 Mac 2024

Kelas Membuat Resume Mudah...................baca selanjutnya

PROGRAM HARI KESIHATAN KOMUNITI FELDA INAS 2024

Aktiviti Terkini | 14 Februari 2024

Tujuan utama program ini ialah meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengesanan awal dan pencegahan penyakit buah pinggang dan penyakit yang berkaitan dengan penyakit buah pinggang seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi...................baca selanjutnya

MINI TERBUKA PEDi @ PADU

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2024

Tujuan utama program ini ialah menggalakkan masyarakat setempat datang ke PEDi, mengenali lebih dekat PEDi dan mendaftar PADU...................baca selanjutnya

PROGRAM USAHAWAN DIGITAL DAN KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA GIATMARA SEMBRONG

Aktiviti Terkini | 9 Januari 2024

Tujuan utama program ini seperti dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai kemahiran dalam perniagaan digital dan dapat melatih mereka mengasah bakat dalam permasaran digital juga...................baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti