INFORMASI TEMPATAN
Lokasi Felda Inas
Rancangan Felda Inas terletak di kawasan Mukim Sedenak di Daerah Kulai. Kawasan ladang bersempadan dengan Felda Taib Andak, Ladang Inas Selatan, Ladang Pekan dan Ladang Fraser. Selain itu, satu laluan telah dibina bagi menghubungkan Bandar Tenggara ke Bandar Kulai yang telah menjadikan perjalanan antara 2 bandar hanya 25km sahaja. Ia telah menjadikan bandar yang paling hampir dengan Felda Inas ialah Kulai (12km) dan Bandar Tenggara (15km) sahaja berbanding sebelum ini.
Sejarah Felda Inas Utara
Menurut cerita daripada orang-orang lama di rancangan sini, nama Felda Inas di ambil sempena nama Sungai Inas yang mana menjadi laluan dan penghubung untuk masuk di Felda ini. Sungai ini menjadi sempadan diantara Sungai Sayong dan aliran Sungai Sayong akan mengarus memasuki Sungai Kota Tinggi. Nama Sungai Inas ini mungkin bersandar kepada sungai yang berhampiran dan ceritera-ceritera dari lagenda dahulu kala dan ianya terletak di dalam daerah Kulaijaya. Rancangan ini telah diteroka sekitar tahun 1976-an.
Populasi Penduduk Felda Inas
Majoriti penduduk yang menetap di Felda Inas Utara adalah kaum Melayu yang dianggarkan berjumlah 1615 orang penduduk.
Papan Tanda Utama ![]() |
Pejabat Felda Inas Utara![]() |
Perkarangan Pejabat Felda Inas ![]() |
Pejabat FGV Plantations Sdn Bhd![]() |
Bukit Lawang ![]() |
Kolam Kaseh Inas![]() |
Restoran J & K Felda Inas![]() |
Kedai Makan Kak Yan Felda Inas![]() |
Pondok Santai D'Pohon Pisang ![]() |
Kedai Sup Padu D'nas![]() |
Masjid Jamek Al Hussain Felda Inas![]() |
Pondok POlis Komuniti Felda Inas![]() |
Dewan Serbaguna![]() |
Klinik Desa Felda Inas![]() |
Tabika Kemas Felda Inas![]() |
Pasti Al Hikmah 13 Felda Inas![]() |
Sekolah Kebangsaan Felda Inas![]() |
Sekolah Agama Felda Inas![]() |
Nama Pemilik : Zulhelmy Bin Hamdan
Produk : Produk Eco Dyeing Textile Craft
Facebook : https://www.facebook.com/Ezryhelmy
Instagram : https://www.Instagram.com/ezry_ee
Tiktok : https://www.tiktok.com/@ezryhelmy
Beliau salah seorang usahawan terawal yang menjual produk teknik Eco-Print-Natural di Malaysia yang menggunakan bahan-bahan semula jadi bagi menghasilkan batik. Beliau mempunyai banyak Sijil Kemahiran SKM dari pelbagai bidang sehingga ke SKM 3. Minat beliau yang mendalam terhadap seni, kraf dan kreatif ini telah menyebabkan beliau telah menubuhkan Syarikat Ezryhelmy Enterprise yang mana merupakan syarikat milikan tunggal yang ditubuhkan pada 22 Januari 2017.
Beliau banyak membuat promosi melalui media sosial iaitu Facebook, Instagram dan Tiktok miliknya. Cara beliau mempromosi dan mengembangkan bisnes beliau ini antaranya ialah dengan menyertai pelbagai jenis Festival Kraf tidak kira anjuran Kraf Johor malah di seluruh pelusuk Malaysia. Beliau aktif berkursus, menyertai pameran dan karnival yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu. Malah, sekarang ini beliau turut memperkenalkan eco print natural dye dengan membuat demonstrasi batik eco print di facebook siaran langsung miliknya.

Nama Pemilik : Siti Nurain Binti Deraman
Produk : Produk Makanan Dan Minuman
Kedai yang berkonsepkan ”Cabin” ini adalah kali pertama dibuat di Felda Inas ini. Beliau mendapat inspirasi daripada kedai yang berada di kawasan bandar. Konsep seperti ini baginya amatlah santai dan menarik para pelanggan untuk makan dan minum disini. Pelbagai jenis makanan dan minuman yang menarik disini khususnya tarikan yang paling menyerlah adalah makanan popular di Terengganu iaitu lokching. Selain itu, makanan bergoreng juga amat sedap dinikmati secara terbuka dibawah khemah yang telah disediakan.
Disamping itu, beliau juga telah mengikuti program-program yang melibatkan pelbagai usahawan seperti mengikuti program bersama Amanah Ikhtiar bagi memulakan perniagaan sejak tahun 2023 yang lalu. Beliau juga sentiasa menambah baik dari segi perkhidmatan penyediaan dan penghantaran makanan secara terus ke rumah. Hal ini, sedikit sebanyak memumadahkan pembeli untuk membeli.

Nama Pemilik : Faizasuhada Binti Rahemat
Produk : Makanan, minuman, pakaian dan sebagainya.
Faizasuhada Binti Rahemat atau dikenali dengan nama yang lebih popular ”Caca” adalah salah seorang usahawan yang mengeketengahkan konsep ”Vendor” di kedai miliknya. Kedai ini diberi nama ”Ruang” yang menyediakan pelbagai jenis masakkan goreng, kuih serta makanan daripada vendor. Konsep yang beliau terapkan dalam kedainya adalah, menyediakan satu medium kepada para penjual dikawasan ini untuk meletakkan makanan mereka disini untuk dijual. Kedai ini menjadi salah satu kedai yang menjadi pusat kepada para penjual meletakkan makanan mereka dengan mudah tanpa mempromosikannya. Tugas promosi akan dilakukan oleh para pekerja kedai ini.
Selain itu juga, di kedai ini juga menyediakan tempat untuk para pelanggan makan disana dan sentiasa mengikut perkembangan menu yang viral di tempat yang lain. Oleh itu, tarikan kepada pelanggan amatlah kuat kerana sentiasa ada sahaja makanan yang baru dimasukkan di kedai ini.

Bangunanan Industri Kecil Sederhana (IKS) Felda Inas ini beroperasi pada Isnin-Jumaat pada jam 9 pagi - 1 tengah hari. IKS ini merupakan salah satu bangunan yang terawal dibina disini. Disini juga terdapat aktiviti membuat kuih didalamnya. Terdapat beberapa orang penduduk kampung yang mengusahakan perniagaan membuat dan menjual kerepek di sini.
Jika dilihat daripada luaran, kelihatan usang namun didalamnya amatlah menarik. Peralatan dan perkakas membuat kerepek dan lain-lain turut disertakan. Kuih dan kerepek disini amatlah sedap dan harganya berpatutan.

pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan membuat kad kahwin, banting, poster, photostat, dan lain-lain perkhidmatan. Kedai ini juga menyediakan pelbagai jenis cenderahati untuk pelbagai jenis majlis dan sambutan. Kedai ini beroperasi pada Isnin - Jumaat (8.45pagi – 5.30 petang)

Kedai goreng pisang yang diberi nama Kedai Kak Long Zana adalah salah satu kedai yang menyediakan makanan bergoreng seperti keledek, pisang, ubi, keropok lekor serta makanan yang berkuah seperti rojak petis. Pada sebelah malam pula, kedai ini menyediakan makanan panas dan ada penjualan burger yang amat sedap. Kedai ini sangat mudah dijumpai dan selesa untuk dikunjungi dengan suasana yang terbuka.
