PROGRAM USAHAWAN DIGITAL DAN KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA GIATMARA SEMBRONG

Aktiviti terkini | 9 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Giatmara Sembrong

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti:
• Program ini dianjurkan terbuka untuk penyertaan pelajar Giatmara yang berusia dari 15 tahun sehigga 24 tahun. Peserta seramai 19 orang yang mengikuti program ini.
• Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan pelajar kepada ilmu digital dalam perniagaan.
• Program ini juga memberi pengetahuan berkaitan jenayah siber yang sering berlaku dalam masyarakat.
• Program ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan Shopee dan memberi tunjuk ajar bagaimana Shopee ini dapat membantu mereka di masa akan datang.
• Akhir sekali, para pelajar akan membuka akaun Shopee dan meletakkan sesuatu untuk dijual didalam Shopee.

Tujuan:
• Tujuan utama program ini seperti dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai kemahiran dalam perniagaan digital dan dapat melatih mereka mengasah bakat dalam permasaran digital juga.
• Selain itu, program ini dapat mengurangkan kos perbelanjaan bagi mengeluarkan sesuatu produk.
• Turut diselitkan tayangan video klik dengan bijak menjadikan para pelajar tentang kesedaran dalam talian dan lebih celik digital.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Majlis bermula pada sebelah pagi iaitu 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.
• Program dilaksanakan pada sebelah pagi sahaja.
• Tentatif program ini iaitu :
- 9.00 pagi : Pendaftaran peserta
- 9.30 pagi : Tayangan Video KDB & S.A.F.E
- 10.30 pagi : Program Usahawan Digital
- 11.30 pagi : Program Shopee
- 12.30 tghari : Penyampaian cenderahati & bersurai

Kelebihan:
• Memberi banyak kebaikan kepada pelajar kerana mereka dapat mempelajari pelbagai kemahiran baru berkaitan ilmu digital.
• Program ini membuka peluang kepada generasi muda untuk menghasilkan bermacam-macam produk kreatif dan berkualiti serta memasarkannya secara diatas talian.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama