Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Menurut cerita daripada orang-orang lama di rancangan sini, nama Felda Inas di ambil sempena nama Sungai Inas yang mana menjadi laluan dan penghubung untuk masuk di Felda ini. Sungai ini menjadi sempadan diantara Sungai Sayong dan aliran Sungai Sayong akan mengarus memasuki Sungai Kota Tinggi. Nama Sungai Inas ini mungkin bersandar kepada sungai yang berhampiran dan ceritera-ceritera dari lagenda dahulu kala dan ianya terletak di dalam daerah Kulaijaya. Rancangan ini telah diteroka sekitar tahun 1976-an..
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2024LAPORAN PROGRAM : PERTANDINGAN PAPAN TANDA BLOK-BLOK DAN RUMAH SEMPENA KEMERDEKAAN DI FELDA INAS
Aktiviti Terkini | 13 September 2024
Program sebegini bertujuan untuk menunjukkan semangat kecintaan akan kemerdekaan negara Malaysia tercinta...................baca selanjutnya
BASIC ICT : MICROSOFT WORD - MENAIP KARANGAN RINGKAS
Aktiviti Terkini | 1 Ogos 2024Belajar menaip menggunakan jari yang betul dekat papan kekunci komputer..................baca selanjutnya
BASIC ICT : MUAT TURUN APLIKASI JPJ
Aktiviti Terkini | 5 Julai 2024Pengguna hendak mendaftar Aplikasi MyJPJ di smartphone android..................baca selanjutnya
BASIC ICT : MYFUTURE JOBS – ELAUN MENCARI PEKERJAAN
Aktiviti Terkini | 13 Jun 2024Kelas Mendaftar MYFutureJobs dan memohon elaun mencari pekerjaan...................baca selanjutnya
STEM-IOT : KELAS MEMBUAT RECYCLE PAPER TOWER
Aktiviti Terkini | 31 Mei 2024Kelas Mempelajari Membuat Recycle Paper Tower...................baca selanjutnya
BASIC ICT : KELAS MEMBUAT RESUME
Aktiviti Terkini | 29 April 2024Kelas Membuat Resume Mudah...................baca selanjutnya
BASIC ICT : KELAS MEMBUAT RESUME MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 7 Mac 2024Kelas Membuat Resume Mudah...................baca selanjutnya
PROGRAM HARI KESIHATAN KOMUNITI FELDA INAS 2024
Aktiviti Terkini | 14 Februari 2024Tujuan utama program ini ialah meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengesanan awal dan pencegahan penyakit buah pinggang dan penyakit yang berkaitan dengan penyakit buah pinggang seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi...................baca selanjutnya
MINI TERBUKA PEDi @ PADU
Aktiviti Terkini | 21 Januari 2024Tujuan utama program ini ialah menggalakkan masyarakat setempat datang ke PEDi, mengenali lebih dekat PEDi dan mendaftar PADU...................baca selanjutnya
PROGRAM USAHAWAN DIGITAL DAN KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA GIATMARA SEMBRONG
Aktiviti Terkini | 9 Januari 2024Tujuan utama program ini seperti dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai kemahiran dalam perniagaan digital dan dapat melatih mereka mengasah bakat dalam permasaran digital juga...................baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya